Friday, February 11, 2011

tak membuat tugas? Whats wrong with you Tuah???

                                            7 febuari 2011
Ery bangun jam 7pagi. Tengok phone,tak de mesej.Terus pergi mandi.WAAA~~ saya sangat MENGANTUK tapi kuatkan hati juga. Pergi ke kuliah dengan bangganya kerana tidak ramai orang di lif(sampai jam 8pagi). Ery dan roomate yang merupakan sekelas dengan ery iaitu FARAH merupakan pelajar yang pertama sampai ke kelas (suke2!). Lecturer BBAS sampai agak lewat iaitu jam 8.45. Ery sudah call lecturer. Ingat takde kuliah(baru nak enjoy). Muke lecturer agak ketat membuatkan semua tak berani bising. Then lecturer keluar sekejap. 10.10pg Ery dapat panggilan daripada Iez. Dia baru balik dari Mesir (rujuk coretan ery sebelum ini). Ery sangat gembira. Alhamdulillah,selamat juga Iez&SAKIEYY. Time lecturer mengajar, Ery perasan pelajar agak kurang pada pagi itu, ery buat ignore. Kerana pelajar lelaki lagi jelas ada dikalangan mereka yang tak hadir. Pelajar perempuan cuma 2-3 orang. So ery pun fokus kepada kuliah pagi itu.

Balik jam 10.30 pagi. Dengan gembira ery dan roomate terus ke kedai Kak As(sedap&murah!). Nasib tak ramai orang lagi. Selalunya jam 12.30 yang ramai sampai tak boleh nak jalan. Ery beli ayam&sayur kangkung belacan. Nyam nyamm...

Jam 1.30, pergi kuliah BBAS. Masa nak pergi ke lab, sorang student iaitu Mira tanya kat ery, da kelas ke pagi tadi. Ery pun mengiakan. Dia cakap kenapa tak beritahu ery pun jawap da mira tak mesej. Lagi pun sebelum ni pun lecturer da bgthu kelas pagi ada selepas CNY. Mira kata dia ada mesej kat Tuah(Ketua kelas) tapi Tuah kata takde kelas(padahal Tuah dtg pagi tadi). MASALAH. Ery kata,papehal tanya Tuah. Muka ketidakpuasan Mira jelas kelihatan.




                         18 FEBUARI 2011

8.30pg itu sepatutnya ada kuliah Math. Namun lecturer mc. So balik hostel. Iez beri mesej, dia ditemuramah oleh Uncle Aznil di radio Era mengenai Mesir. Ery cepat2 buka radio Era di handset. Dengar suara mak Iez dulu then baru suara Iez. Suara dia nampak sangat baru bangun tidur. Ery&Farah gelak dengar jawapan Iez yang cam blur2 uh. Dia beritahu, Uncle Aznil call mak dia beritahu Uncle Aznil beri Iez 3 minit untuk bersiap. Dala tak bangun tidur lagi. Kelam-kabut la..nak gosok gigi lagi. Ery kata,you ni kelakar la. Lain yang Uncle Aznil tanya lain you jawap. Then Iez jawap yela, i tengah tidur ott, then my mum kejutkan i.blur2 i. Suara i cam   Ery pun bahan la dia lagi. Memang betul pun..haiii..iez ohh iez..

10.30 pagi kuliah akaun. Ery suka lecturer ni. Baru je khawin time CNY. Orang Ganu..sapa orang Ganu angkat kaki!! hehe..kelas habis jam 12.30. Pergi kedai Kak As. Makk aii..ramai..berasak2..ery beli ayam&sambal belacan temphu(tempe+tauhu). BISMILLAH...mangan..=)




                      09 febuari 2011


Kelas 10.30 pagi. kuliah English. Lecturer ni sangat kelakar dan sempoi. Namun, next week kami akan mendapat lecturer baru(da 3 kali.) kerana beliau merupakan lecturer untuk pelajar UITM bkannya PROGRAM PROFESSIONAL. He`s very sense of humor. cerita macam2 namun dia serapkan ilmu so,takde la rasa mengantuk. Kelas habis jam 12.30 t/hari. Tak beli makanan kat kedai Kak As sb kelas ada lagi jam 1.30ptg. TIME IS RUNNING OUT.

1.30petang,kuliah research. He looks like nerd but kind. Kekadang serius, kekadang membosankan, kekadang sempoi. Macam2 ada..(mcm iklan astro pula). Beliau ada tanya sesiapa ada tak blog. <DIAM> then Ery angkat tangan. Oklah(ery fikir),tup2 beliau minta web blog Ery. Tidakk!!!!!!!!!!!! Malu




                     10 febuari 2011

Hari khamis hari PENAT saya. 8.30-10.30PG, kuliah Math-Present kat kelas secara group mengenai assigment yang beliau beri sebelum cuti CNY. Ery leader group.
10.30-12.30 t/hari-kuliah akaun-Check homework yang beliau berikan. Then beliau ajar topik baru. Bagi homework..
TAK SEMPAT MAKAN..WAAA~~ KAK AS KU SAYANG....LAPAAARRRR~1.30-3.30ptg-Kuliah English. Beliau tak mengajar tapi suruh kami pergi ke bilik kuliah tgkat 6 untuk tengok presentation pelajar UITM mengenai produk makanan. ADA SAMPLE&HADIAH MAKANAN =). Balik je terus nak makan tapi makanan di kedai Kak As da habis..waa~~ makan malam jerr..



                    11 febuari 2011

10.30pg-Kuliah motivasi. Ery mendapat mesej jam 9.30pg mengatakan kelas di tingkat 3 bukannya tgkat6 kebiasaannya. Then dapat mesej lagi suruh Ery&Maisarah datang kelas 30 min awal. Ery ingat itu Tuah kerana Ery tak save numbor Tuah & Ery guna phone baru.  Sampai tgkat 3 dengan Farah, Tuah buat muka ketat. Tak faham toll..Then time nak masuk lab. dia kata Ery&Maisarah masuk dulu yang lain tunggu luar. Dah duduk, dia kata ada pelajar perempuan mengadu Ery tak menjalankan tugas sebagai seorang penolong,tak berkomunikasi dengan pelajar perempuan, dia kata Ery tak beritahu yang lain kelas di tingkat 3. Ustzah da beri mesej. Ery fikir la, bila pula ustazah beri mesej. Tengah blur uh, dia kondem2 Ery. Dia kata sini IPTA,bukan sekolah lagi so be professional. wth?? ery macam tergamam lah. Dia kata dia beri ery masa 7hari untuk ubah perangai if tak, jawatan itu diberikan ke maisarah. Ery cam bengang la.

Time kuliah, Ustazah panggil, tanya apa masalah Ery. Ery tanya semula,masalah apa ustazah? Ustazah jawab Tuah kata Ery tak menjalankan tugas. Ery tak puas hati,then Ery tanya Ustazah `USTAZAH ADA KE BERITAHU SAYA MENGENAI KELAS DI TINGKAT3?` Ustazah kata ada. pagi tadi. Ery cek phone, Ustazah kata beliau terlupa nak beritahu awal2 so dia beritahu Ery sb engat bilik masing2 dekat di hostel. Ery menafikan. Sebab bilik Ery dan yang lain berjarak di tingkat 4 tapi di tingkat 5 memang sederat. Tapi, Ery ada beritahu yang lain pagi uh dan ingatkan itu mesej Tuah sb ada pelajar perempuan menanyakan mesej Tuah (yang suruh ery&maisarah dtg awal). Ustazah kata beliau ada kata kat pelajar lelaki semasa terjumpa mereka baru2 ini. Ingat sudah hebohkan tapi rupanya tak. Then USTAZAH kata jadi,yang mengenai tuah cakap Ery tak buat tugas uh tak da papelah Ery katalah Tuah uh salah faham je. then dats it. Ery baru tahu apa yang terjadi.

 Dekat sini Ery nak mid-pointkan ketidakpuasan hati Ery 



  • Kenapa nak malukan Ery dengan memberitahu lecturer? seolah kesalahan Ery besar sangat exp-mencuri,hisap rokok,ke ape.
  •  kenapa SI TUAH dengar cerita sebelah pihak? sedangkan Ery ni penolong dia. If dia ni pemimpin Malaysia,hancurrsss...
  • Selama ni, jika pelajar perempuan minta tolong bila tak faham sesuatu topik, Ery ajar mereka. Tak pernah kedekut ilmu. Siap pergi meja mereka lagi untuk ajar.
  • Memang Ery kurang bercakap kerana tak ada topik nak cakap. Sedangkan dalam Islam sendiri kata kurang bercakap banyakkan mendengar. Takkan nak mengumpat jer kerja? lebih baik duk rumah pergi berniaga
  • pelajar perempuan yang hypo uh, tak puas hati, jumpalah face 2 face. Yang nak terus cakap kat Tuah kenapa? depan cam angel,belakang cam neraka! ish allergic tol ada spesis camni.
  • Selama ni,pernah ke pelajar perempuan tunggu kat kelas yang salah? tak pernah pun!
  • If Ery tak beritahu pape,mean Ery tak tahu la! da lecturer semua mesej Tuah bkan Ery(except Ustazah)
  • Bila lecturer lambat masuk, Ery yang call/jumpa. Tak pernah sekali pun Ery mengharapkan si TUah jer sb Ery tahu ery penolong
  • Bukan Ery yang nak jadi penolong. Tuah yang sebut nama Ery time lecturer tanya sape penolong. Ery tak kisah pun jawatan uh. Bukan dpat duit pun.
  • Kate sini IPTA bkan sekolah. Memanglah bhai! lu cakap gua cam uh lu lagi busukk..lu da salah, lu tengoklah isnin ni.Gua datang nak belajar bukan nak gaduh. Tapi,kalau da sampai malukan gua kat lecturer,memang tanduk gua naik. Siap lu Tuah&Kaum2 hypo uh isnin ni. Gua cili mulot sekor2.
Roomate ery yang dengar masalah ni pun geram. Semua suruh Ery tegakkan kebenaran sebab Tuah da malukan Ery gila2. Ery yang sangat marah beri pelajar kelas perempuan mesej begini `Salam,kpd sesapa yg tak puas hati pcl saya,sila jumpa atau beritahu. Jangan DEPAN LAIN BELAKANG LAIN. Saya tak suka da manusia HYPOKRIT kt cni.Pcl kelas pg tadi,cuma salah faham. Tak puas hati,tnya ustazah untk tahu.dtg sini untk study naikkan nama keluarga bkan tabur dosa.bek blek uma g niaga.thanks.wasalam. PEDAS?? hati Ery lagi pedas. Ery sedih,terkilan,kecewa kerana tak ada angin tak de ribut terus kena condem camni. WELCOME TO THE WORLD ERY!


    3ptg- Ery ada gotong-royong di hostel Ery. Last gotong royong time Ery form2. Masa uh, Ery gotong-royong kelas & bilik band. Sangat happy tapi penat. Pada mulanya Ery ingat nak balik rumah selepas habis kuliah namun kerana nak merasa gotong-royong time kolej,Ery pun turut serta. hehe..

Thursday, February 3, 2011

kemarahan di MESIR.YA ALLAH,lindungilah mereka...

          ya ALLAH..selamatkanlah sahabat baikku iez,sakieyy,nafis dan yang lain.


Iez dan nafis merupakan pelajar tahun satu di AL-AZHAR dalam jurusan medic.Manakala nafis pelajar tahun satu di universiti yang sama tetapi mengambil jurusan dentist.Mereka menetap di Cairo namun jarak hostel diantara mereka agak berjauhan.Ini adalah sudut peribadi antara ery,iez,sakieyy dan nafis.Segala kesilapan dan kekasaran harap dimaafkan.Bersama kita berdoa agar mereka dan yang lain selamat pulang ke tanah air.

26/1/2011-Sahabat ery iaitu iez menghubungi ery.Dia kata dia mahu shopping selepas exam dia sudah berakhir.Dalam perbualan kami,dia ada ckp bahawa semalam(25/1) ada kes pembunuhan di kereta api. Apa yang lebih membuat ery bimbang ialah,iez kata kawasan itu agak berdekatan dengan rumahnya.Oleh kerana bimbang,ery pun tegah dia dari keluar.Ery sudah maklum dengan sikap sesetengah orang Arab.Ada dikalangan mereka ni BADWI(orang kasar/gasar).Walaupun ery melarang,namun kawan ery tetap dengan pendiriannya kerana dia berpendapat dia harus enjoy selepas bersengkang mata hampir seminggu dengan buku-buku medic.Akibat menegaskan pendapat masing-masing,kami pun berkelahi.Komunikasi kami terhenti sampai di situ.Pada jam 8mlam,ery memberi mesej menasihatkannya agar berhati-hati namun tidak dibalas.Apabila ery menghubungi dia,line disconnected.ery berprasangka line killer(gila) sudeh.

27/1/2011-28/1/2011-Ery try menghubungi dan memberi mesej kepada kawan ery,iez.Namun tiada line malah mesej tidak boleh dihantar kerana phone dia off.Tertanya ery,takkan dia merajuk?? ery mula pikir bebukan dan hampir menangis kerana risaukan keselamatannya.Ery juga menghubungi dan mesej sakieyy namun mendapat respon yang sama.Akibat berasa tertekan dan hati ery kuat mengatakan ada yang tak kena,ery pun post pada fb ery apa yang sudah berlaku di Mesir. Akhirnya terjawap persoalan di benak fikiran ery apabila ada seorang hamba ALLAH mengatakan berlaku rusuhan disana. MASYAALLAH!!
fikiran ery kosong buat seketika.

29/1/2011-ALHAMDULILLAH,pernantian ery tak lama,ery mendapat mesej daripada iez mengatakan dia baik sahaja.cuma,berasa bimbang kerana 5000 banduan terlepas.Ketika itu,roomate dan dia menumpang di sebuah rumah rakyat Malaysia yang dikenali sebagai `MakLong`.THANKS MAKLONG.WALAUPUN SAYA TAK KENAL SIAPA MAKLONG NAMUN BUDI DAN JASA MAKLONG TAKKAN SAYA LUPAKAN.SEMOGA ALLAH MELINDUNGI MAKLONG SEKELUARGA.AMIN.iez ada mengatakan,kawasan dia akan diistiharkan darurat pada jam 7petang(1pagi waktu Malaysia).Ery menasihatkan selagi ada peluang,beli makanan dan minuman sebanyak mungkin.Dia mengiakannya.Cuba kalian teka apa yang dapat dia beli? MAGGIE!! itu sahaja dia mampu kerana bank sudah tidak beroperasi dan ATM pula sudah dipecah dan dibakar.Duit yang dia ada pun kerana meminjam daripada rommate.Ery terkedu..terfikir betapa beruntungnya kita lahir di negara yang sudah merdeka(tetiba bersifat politik).Ada barangan yang tidak dapat diambil kerana terlalu banyak barang yang perlu dibawa.Ery ada bertanyakan mengenai sakieyy dan nafis kepada iez,dia mengatakan sakieyy dan nafis baik sahaja.Cuma,mereka terpisah kerana kediaman masing-masing agak jauh.


31/1/2011-Iez mengeluh mengatakan makanan dan minumannya kian habis.Air mineral berharga 200Genih sebotol.Duitnya kian habis.Dia sempat mengatakan kesejukkannya kerana tidak membawa selimut.Hati ery berasa sedih.kalaulah ery boleh berinya selimut....ery suruh dia bersabar dan perbanyakkan berzikir.Dengan keadaan begini,perlindungan dan keselamatan yang diberikan ALLAH adalah nikmat yang tak terhingga.Yang penting,bersabar.Dia seperti mahu menangis.Kerana takut akan rusuhan di Mesir.Komunikasi kami terhenti sampai disitu.


1/2/2011-Disebalik kemeriahan menyambut HARI WILAYAH,ery mengharapkan DATUK SERI NAJIB memikirkan nasib rakyatnya di Mesir.Apa yang ery tahu ialah iez harus berpindah ke rumah Kuala lumpur.Sakieyy dan nafis pula,ditempatkan di rumah yang lain.Iez mengeluh mengatakan dia terpisah dengan roomate dia namun ery menenangkannya.Bagi ery,apa yang penting keselamatan.Ery bersedih dengan segelintir pelajar yang agak jauh dengan pusat perlindungan di sana.Bagaimana mereka hendak menyelusup keluar dengan selamat sedangkan perjalanan mereka agak jauh dan berdepan dengan pelbagai ancaman.Ery harap mereka selamat sampai ke destinasi.AMIN.Mama ery berasa marah kerana kerajaan mahu menunggu kawasan tersebut kod merah dulu.Padahal sudah sedia maklum kawasan tersebut sudah kod oren dan tak selamat lagi.(terkandung dalam surat khabar kosmo!)





2/2/2011-Jam 8mlm(waktu malaysia) iez menghubungi ery dengan suara yang agak ceria mengatakan line internet sudah ok.ery mengucap kesyukuran terhadap ILLAHI.Namun dia agak kesal kerana kerajaan Malaysia lambat membuat tindakan dan dia ada mengatakan,bahawa jika bukan kerana kawan dia anak kepada ****** Najib,jangan harap.(no komenlah pasal ni yea).Ery sempat bertanya mengenai makanan,dia mengatakan bekalan makanan ada dan tak perlu risau(lupa nak tanya siapa yang beri mereka makanan).Ery yang ketika itu berada di Mid Valley untuk menenangkan jiwa kacau,terus pulang dengan tergesa-gesa untuk ym dengan iez.kerana ery nak tahu cerita lebih mendalam mengenai keadaan dia dan yang lain disana.Namun hampa,line dia K.O.Jam 11malam(waktu malaysia) dia ada mengatakan pada 3/2 jam 10 pagi(waktu mesir) dia akan berangkat ke Jeddah menggunakan pesawat sebelum balik ke malaysia(tak pasti guna TLDM or pesawat).Ada desus-desus mengatakan mungkin mereka akan `bercuti` setahun atau 2bulan lebih.Mungkin yang lebih tertekan adalah sakieyy kerana sebelum ni dia da kena `tahan`sebab urusannya terbengkalai(salah kedutaan!).Iez juga ada bercerita,ada segelintir rakannya yang tak mahu lagi belajar di mesir kerana sudah fobia.Ery mencelah,mengatakan Ireland sekarang berhadapan krisis ekonomi,India sama je dengan mesir.So,Malaysia is better.Dia mengiakannya dan komunikasi kami terhenti sampai disini.



3/2/2011-Iez mengeluh memikirkan barangnya di hostel.Ery memarahinya kerana seolah tak bersyukur.Ery mengingatkannya ada pelajar Malaysia kena rogol.Malah,ada yang ditembak dengan peluru getah(bg takzirah agak lama~).Dalam perbualan iez ada mengatakan mungkin tempoh masa dari jeddah ke malaysia memakan masa 2 bulan JIKA menggunakan TLDM.(yelah,laut tak sama dengan udara).Ery berseloroh mengatakan bahawa tak dapatlah ery nak jumpa dia,sakieyy dan nafis sebab ery cuti sampai 6 febuari jer.Dia hanya tergelak kecil.Jam 8pg di mesir(2petang waktu malaysia),iez sudah menaiki bus untuk ke kawasan dimana mereka akan menaiki pesawat untuk ke Jeddah.Komunikasi kami terhenti.Hati ery sentiasa mendoakan keselamatannya.Kepada sakieyy dan nafis,kalian jaga diri elok-elok..Ery selalu mendoakan kalian.If kalian sampai Malaysia,Ery belanja SUSHI KING yea!! =)(oh ya! dia merupakan kumpulan pertama yang menaiki pesawat.Bagaimana nasib sakieyy dan nafis? mereka kumpulan keberapa??)


4/2/2011-PERKEMBANGAN TERBARU!! iez akhirnya selamat sampai ke jeddah pada jam 7petang(waktu mesir).Ery yang tengah syok tidur tiba-tiba `dikacau` dengan bunyi ringtone-nyer.Ketika itu jam menunjukkan 3.45 pagi.Haishh..nasib baik ery jenis memahami.Hehee..dia bagi numbor baru dia.Mata ery berpinar-pinar kerana numbor baru dia macam pelik dan panjang(pape jela).Iez sempat berpesan,jika line takda,on fb.(memang betul line tiada).Komunikasi kami terhenti kerana dia sudah tiada kredit dan menyuarakan kebimbangan dia mengenai kredit(tak aper,ery topupkan la yer!).Jam 1petang,Ery pun buka fb kerana nak berchatting dengan iez,tapi dia sudah offline.Beri mesej pun tiada gunanya kerana line tiada.Oh ya! iez ada mengatakan,dia tak pasti samaada dia pulang ke malaysia ke tidak(aikk???).NO COMMENT ABOUT THIS


6/2/2011-Agak lama ery tidak membuat coretan(lama ke?).Kawan ery iaitu iez merupakan kumpulan pertama.Dia mungkin akan tiba pada 7/2/2011 pada jam 9pagi waktu malaysia.Pada mulanya ery memang ingin menjemput dia bersama keluarganya namun,ery ada kuliah bbas pada jam8.30pagi.Sakieyy tidak bersamanya.Nafis pula mungkin group yang terakhir atau 2nd terakhir.Senior iez yang  menetap di mansoura pula merupakan kumpulan yang terakhir.Keraguan ery dan iez mengenai sama ada menggunakan pesawat atau TLDM,pulang ke Malaysia atau tidak,akhirnya terjawap.Terima kasih Kerajaan Malaysia, dan NGO diatas keprithatinan terhadap nasib rakyat Malaysia disana.Kepada sahabat ery especially iez,sakieyy&nafis.Harap bila kalian membaca coretan ini,kalian maafkanlah ery if ada tersilap kata atau maklumat.Apa yang penting,ery amat merindui kalian.Ery akan pulang ke hostel selepas zohor(kini 12:19t/hari).So,mybe ini coretan terakhir ery.Insyaallah,ery akan menulis lagi pada jumaat ini."They always talking about others,but never look at mirror about themself"