Thursday, February 3, 2011

kemarahan di MESIR.YA ALLAH,lindungilah mereka...

          ya ALLAH..selamatkanlah sahabat baikku iez,sakieyy,nafis dan yang lain.


Iez dan nafis merupakan pelajar tahun satu di AL-AZHAR dalam jurusan medic.Manakala nafis pelajar tahun satu di universiti yang sama tetapi mengambil jurusan dentist.Mereka menetap di Cairo namun jarak hostel diantara mereka agak berjauhan.Ini adalah sudut peribadi antara ery,iez,sakieyy dan nafis.Segala kesilapan dan kekasaran harap dimaafkan.Bersama kita berdoa agar mereka dan yang lain selamat pulang ke tanah air.

26/1/2011-Sahabat ery iaitu iez menghubungi ery.Dia kata dia mahu shopping selepas exam dia sudah berakhir.Dalam perbualan kami,dia ada ckp bahawa semalam(25/1) ada kes pembunuhan di kereta api. Apa yang lebih membuat ery bimbang ialah,iez kata kawasan itu agak berdekatan dengan rumahnya.Oleh kerana bimbang,ery pun tegah dia dari keluar.Ery sudah maklum dengan sikap sesetengah orang Arab.Ada dikalangan mereka ni BADWI(orang kasar/gasar).Walaupun ery melarang,namun kawan ery tetap dengan pendiriannya kerana dia berpendapat dia harus enjoy selepas bersengkang mata hampir seminggu dengan buku-buku medic.Akibat menegaskan pendapat masing-masing,kami pun berkelahi.Komunikasi kami terhenti sampai di situ.Pada jam 8mlam,ery memberi mesej menasihatkannya agar berhati-hati namun tidak dibalas.Apabila ery menghubungi dia,line disconnected.ery berprasangka line killer(gila) sudeh.

27/1/2011-28/1/2011-Ery try menghubungi dan memberi mesej kepada kawan ery,iez.Namun tiada line malah mesej tidak boleh dihantar kerana phone dia off.Tertanya ery,takkan dia merajuk?? ery mula pikir bebukan dan hampir menangis kerana risaukan keselamatannya.Ery juga menghubungi dan mesej sakieyy namun mendapat respon yang sama.Akibat berasa tertekan dan hati ery kuat mengatakan ada yang tak kena,ery pun post pada fb ery apa yang sudah berlaku di Mesir. Akhirnya terjawap persoalan di benak fikiran ery apabila ada seorang hamba ALLAH mengatakan berlaku rusuhan disana. MASYAALLAH!!
fikiran ery kosong buat seketika.

29/1/2011-ALHAMDULILLAH,pernantian ery tak lama,ery mendapat mesej daripada iez mengatakan dia baik sahaja.cuma,berasa bimbang kerana 5000 banduan terlepas.Ketika itu,roomate dan dia menumpang di sebuah rumah rakyat Malaysia yang dikenali sebagai `MakLong`.THANKS MAKLONG.WALAUPUN SAYA TAK KENAL SIAPA MAKLONG NAMUN BUDI DAN JASA MAKLONG TAKKAN SAYA LUPAKAN.SEMOGA ALLAH MELINDUNGI MAKLONG SEKELUARGA.AMIN.iez ada mengatakan,kawasan dia akan diistiharkan darurat pada jam 7petang(1pagi waktu Malaysia).Ery menasihatkan selagi ada peluang,beli makanan dan minuman sebanyak mungkin.Dia mengiakannya.Cuba kalian teka apa yang dapat dia beli? MAGGIE!! itu sahaja dia mampu kerana bank sudah tidak beroperasi dan ATM pula sudah dipecah dan dibakar.Duit yang dia ada pun kerana meminjam daripada rommate.Ery terkedu..terfikir betapa beruntungnya kita lahir di negara yang sudah merdeka(tetiba bersifat politik).Ada barangan yang tidak dapat diambil kerana terlalu banyak barang yang perlu dibawa.Ery ada bertanyakan mengenai sakieyy dan nafis kepada iez,dia mengatakan sakieyy dan nafis baik sahaja.Cuma,mereka terpisah kerana kediaman masing-masing agak jauh.


31/1/2011-Iez mengeluh mengatakan makanan dan minumannya kian habis.Air mineral berharga 200Genih sebotol.Duitnya kian habis.Dia sempat mengatakan kesejukkannya kerana tidak membawa selimut.Hati ery berasa sedih.kalaulah ery boleh berinya selimut....ery suruh dia bersabar dan perbanyakkan berzikir.Dengan keadaan begini,perlindungan dan keselamatan yang diberikan ALLAH adalah nikmat yang tak terhingga.Yang penting,bersabar.Dia seperti mahu menangis.Kerana takut akan rusuhan di Mesir.Komunikasi kami terhenti sampai disitu.


1/2/2011-Disebalik kemeriahan menyambut HARI WILAYAH,ery mengharapkan DATUK SERI NAJIB memikirkan nasib rakyatnya di Mesir.Apa yang ery tahu ialah iez harus berpindah ke rumah Kuala lumpur.Sakieyy dan nafis pula,ditempatkan di rumah yang lain.Iez mengeluh mengatakan dia terpisah dengan roomate dia namun ery menenangkannya.Bagi ery,apa yang penting keselamatan.Ery bersedih dengan segelintir pelajar yang agak jauh dengan pusat perlindungan di sana.Bagaimana mereka hendak menyelusup keluar dengan selamat sedangkan perjalanan mereka agak jauh dan berdepan dengan pelbagai ancaman.Ery harap mereka selamat sampai ke destinasi.AMIN.Mama ery berasa marah kerana kerajaan mahu menunggu kawasan tersebut kod merah dulu.Padahal sudah sedia maklum kawasan tersebut sudah kod oren dan tak selamat lagi.(terkandung dalam surat khabar kosmo!)





2/2/2011-Jam 8mlm(waktu malaysia) iez menghubungi ery dengan suara yang agak ceria mengatakan line internet sudah ok.ery mengucap kesyukuran terhadap ILLAHI.Namun dia agak kesal kerana kerajaan Malaysia lambat membuat tindakan dan dia ada mengatakan,bahawa jika bukan kerana kawan dia anak kepada ****** Najib,jangan harap.(no komenlah pasal ni yea).Ery sempat bertanya mengenai makanan,dia mengatakan bekalan makanan ada dan tak perlu risau(lupa nak tanya siapa yang beri mereka makanan).Ery yang ketika itu berada di Mid Valley untuk menenangkan jiwa kacau,terus pulang dengan tergesa-gesa untuk ym dengan iez.kerana ery nak tahu cerita lebih mendalam mengenai keadaan dia dan yang lain disana.Namun hampa,line dia K.O.Jam 11malam(waktu malaysia) dia ada mengatakan pada 3/2 jam 10 pagi(waktu mesir) dia akan berangkat ke Jeddah menggunakan pesawat sebelum balik ke malaysia(tak pasti guna TLDM or pesawat).Ada desus-desus mengatakan mungkin mereka akan `bercuti` setahun atau 2bulan lebih.Mungkin yang lebih tertekan adalah sakieyy kerana sebelum ni dia da kena `tahan`sebab urusannya terbengkalai(salah kedutaan!).Iez juga ada bercerita,ada segelintir rakannya yang tak mahu lagi belajar di mesir kerana sudah fobia.Ery mencelah,mengatakan Ireland sekarang berhadapan krisis ekonomi,India sama je dengan mesir.So,Malaysia is better.Dia mengiakannya dan komunikasi kami terhenti sampai disini.



3/2/2011-Iez mengeluh memikirkan barangnya di hostel.Ery memarahinya kerana seolah tak bersyukur.Ery mengingatkannya ada pelajar Malaysia kena rogol.Malah,ada yang ditembak dengan peluru getah(bg takzirah agak lama~).Dalam perbualan iez ada mengatakan mungkin tempoh masa dari jeddah ke malaysia memakan masa 2 bulan JIKA menggunakan TLDM.(yelah,laut tak sama dengan udara).Ery berseloroh mengatakan bahawa tak dapatlah ery nak jumpa dia,sakieyy dan nafis sebab ery cuti sampai 6 febuari jer.Dia hanya tergelak kecil.Jam 8pg di mesir(2petang waktu malaysia),iez sudah menaiki bus untuk ke kawasan dimana mereka akan menaiki pesawat untuk ke Jeddah.Komunikasi kami terhenti.Hati ery sentiasa mendoakan keselamatannya.Kepada sakieyy dan nafis,kalian jaga diri elok-elok..Ery selalu mendoakan kalian.If kalian sampai Malaysia,Ery belanja SUSHI KING yea!! =)(oh ya! dia merupakan kumpulan pertama yang menaiki pesawat.Bagaimana nasib sakieyy dan nafis? mereka kumpulan keberapa??)


4/2/2011-PERKEMBANGAN TERBARU!! iez akhirnya selamat sampai ke jeddah pada jam 7petang(waktu mesir).Ery yang tengah syok tidur tiba-tiba `dikacau` dengan bunyi ringtone-nyer.Ketika itu jam menunjukkan 3.45 pagi.Haishh..nasib baik ery jenis memahami.Hehee..dia bagi numbor baru dia.Mata ery berpinar-pinar kerana numbor baru dia macam pelik dan panjang(pape jela).Iez sempat berpesan,jika line takda,on fb.(memang betul line tiada).Komunikasi kami terhenti kerana dia sudah tiada kredit dan menyuarakan kebimbangan dia mengenai kredit(tak aper,ery topupkan la yer!).Jam 1petang,Ery pun buka fb kerana nak berchatting dengan iez,tapi dia sudah offline.Beri mesej pun tiada gunanya kerana line tiada.Oh ya! iez ada mengatakan,dia tak pasti samaada dia pulang ke malaysia ke tidak(aikk???).NO COMMENT ABOUT THIS


6/2/2011-Agak lama ery tidak membuat coretan(lama ke?).Kawan ery iaitu iez merupakan kumpulan pertama.Dia mungkin akan tiba pada 7/2/2011 pada jam 9pagi waktu malaysia.Pada mulanya ery memang ingin menjemput dia bersama keluarganya namun,ery ada kuliah bbas pada jam8.30pagi.Sakieyy tidak bersamanya.Nafis pula mungkin group yang terakhir atau 2nd terakhir.Senior iez yang  menetap di mansoura pula merupakan kumpulan yang terakhir.Keraguan ery dan iez mengenai sama ada menggunakan pesawat atau TLDM,pulang ke Malaysia atau tidak,akhirnya terjawap.Terima kasih Kerajaan Malaysia, dan NGO diatas keprithatinan terhadap nasib rakyat Malaysia disana.Kepada sahabat ery especially iez,sakieyy&nafis.Harap bila kalian membaca coretan ini,kalian maafkanlah ery if ada tersilap kata atau maklumat.Apa yang penting,ery amat merindui kalian.Ery akan pulang ke hostel selepas zohor(kini 12:19t/hari).So,mybe ini coretan terakhir ery.Insyaallah,ery akan menulis lagi pada jumaat ini."They always talking about others,but never look at mirror about themself"

No comments:

Post a Comment